Program Regional Halal Colloquium UMPSA - UNIDA Gontor

31 Julai 2024 - Secara dalam talian menggunakan aplikasi Microsoft Teams

Mesyuarat Taskforce Cadangan Pemerkasaan Pusat Tahfiz Negeri Pahang

27 Jun 2024 - Perpustakaan Kampus Gambang,  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Kursus Biofeedback Dalam Sesi Bimbingan Murid Sekolah Negeri Pahang Sempena Program Profesor Turun Padang Bersama Prof Dr. Ts. Muhammad Nubli Abdul Wahab

26 Jun 2024 - Perpustakaan Kampus Gambang,  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Program Service Learning Malaysia-University For Society (SULAM) Bagi Kursus Fiqh Haji Dan Umrah (UHE3242)

8 Jun 2024 - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan

Hari Terbuka Pusat Sains Kemanusiaan Sempena Hari TVET Negara & Jom Masuk U Zon Timur II (JMU2024)

1 Jun 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Kursus Pengenalan Kepada Amalan Pengubatan Islam

20-21 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pada 20-21 Mei 2024, PSK telah menganjurkan Kursus Pengenalan kepada Amalan Pengubatan Islam : Asas-Asas Rawatan Islam bertempat di Dewan Tun Fatimah, UMPSA. Kursus yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan yang mana telah disertai oleh lebih kurang 40 orang peserta seluruh Malaysia dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan persendirian. Kursus yang dikendalikan oleh Prof Madya Dr Mahyuddin Bin Ismail ini dianjurkan bertujuan untuk :

i. Mendedahkan kepada masyarakat amalan perubatan yang selari syariah dan yang tidak dibenarkan oleh syarak.

ii. Mengelakkan masyarakat terjebak dalam amalan perubatan yang bertentangan dengan akidah dan syariah.

iii. Mempromosi program pengajian dan kepakaran yang ada di Pusat Sains Kemanusiaan.

iv. Pencapaian sasaran PPU 2A(1) PSK iaitu persijilan kepada pekerja industri atau agensi yang mengikuti latihan teknikal oleh staf akademik UMPSA.

Perubatan Tradisional dan Komplementari adalah bidang perubatan yang telah diiktiraf melalui Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 [Akta 775]. Pelbagai kategori amalan perubatan ditawarkan kepada masyarakat bagi tujuan rawatan dan penyembuhan. Namun begitu, terdapat pelbagai isu timbul khususnya berkaitan aspek akidah dan Syariah. Justeru, sesi penerangan dan pendedahan kepada masyarakat tentang isu-isu akidah dan syariah perlu dilakukan.

Disediakan oleh :

Naquiyah Nadhirah binti Zulbahri

Eksekutif Pusat Sains Kemanusiaan

10 Julai 2024

Bengkel Penyediaan Buku Metodologi Penyelidikan Keluaran PSK

18 Mei 2024 - Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Sesi Perkongsian Ilmu Berkaitan Penyediaan Cadangan Penyelidikan Untuk Pensyarah PSK

10 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

CITREX 2024

8 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri PSK 2024

26 April 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri UMPSA 2024

25 April 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Majlis Tahlil UMPSA dan Tazkirah Ramadan

21 Mac 2024 - Gwaniz Restaurant, Kuantan

Gotong Royong Sediakan Juadah Berbuka Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Gambang

21 Mac 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Kursus Penulisan Tesis

1 Mac 2024 -  Dewan Tun Fatimah, UMPSA

Bengkel CQI dan Persediaan Akademik Prasiswazah Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) Semester II sesi 20232024, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

21 Februari 2024 - Swiss-Belhotel Kuantan

Bengkel Metodologi Penyelidikan (Kuantitatif)

16 Februari 2024 -  Dewan Tun Fatimah, UMPSA

Kursus Pengurusan Histeria & Kerasukan

15 Februari 2024 -  Dewan Tun Fatimah, UMPSA

Majlis Kesyukuran 2023 dan Doa Selamat 2024 Pusat Sains Kemanusiaan

5 Januari 2024 -  Bilik Mesyuarat Utama Pusat Sains Kemanusiaan

Seminar Isu-Isu Akidah Dan Syariat Dalam Perubatan Tradisional & Komplementari Sempena Dengan Program Profesor Turun Padang UMPSA

18 Disember 2023 - Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan

20 Disember 2023 - Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Temerloh Jaya

Lawatan Audit Dalam MS ISO 9001 2015

30 November 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Lawatan Akreditasi Penuh Oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Ke Pusat Sains Kemanusiaan , UMPSA Bagi Program Doktor Falsafah (MAQ/FA 17128)

20 November 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan telah menerima Lawatan Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 20 –21 November 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama ,PSK. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memantau dokumentasi bagi program Doktor Falsafah (MQA/FA 17128). Mesyuarat ini di dahulu dengan sesi kata aluan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMPSA. Antara panel yang terlibat ialah Ahli Panel Penilai (APP) YBrs. Prof Madya Dr. Faisal Ahmad Shah (Pengerusi), YBrs Dr Faizal Abdul Khir (Ahli APP) dan Puan Masfidayanti binti Mokhtar (Pegawai MQA). Turut sama terlibat bagi sesi lawatan ini ialah pihak PIDA, Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Perpustakaan.

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN MQA : PROGRAM SARJANA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL (KERJA KURSUS), PUSAT SAINS KEMANUSIAAN (PSK), UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA)

3-5 November 2023 - Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur

Bertempat di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur telah di adakan Bengkel Penyediaan Dokumen MQA : Program Sarjana Pengurusan Industri Halal (Kerja Kursus).Seramai 19 orang staf di PSK yang terlibat dalam penyediaan dokumen MQA ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mendapat kelulusan Akreditasi Sementara oleh MQA untuk penawaran program Sarjana Pengurusan Industri Halal

Sesi Pertemuan & Pemantauan Perkembangan Pengajian Pelajar Pasca Siswazah PSK

6 Oktober 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Penganjuran Sesi Pertemuan & Pemantauan Perkembangan Pelajar Siswazah PSK telah diadakan di Banquet Hall, Bangunan Canseleri UMP Gambang. Penganjuran ini merupakan salah satu usaha bagi mengadakan pertemuan berkala dan memantau perkembangan pelajar Pasca Siswazah di PSK. Prof Madya Dr Jamal Rizal bin Razali selaku penceramah bagi sesi tersebut telah menyampaikan ceramah bertajuk Metodologi Kajian kepada pelajar.

BENGKEL PELAKSANAAN ISO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IJAZAH SARJANA MUDA (MS9001:2015)

26 September 2023 - Grand Darul Makmur Hotel, Kuantan

Pusat Sains Kemanusiaan telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan ISO Pengajaran dan Pembelajaran Ijazah Sarjana Muda (MS9001 : 2015) bertempat di Grand Darul Makmur Hotel. Bengkel ini merupakan salah satu langkah serta usaha menambahbaik amalan dan Standard Operation Prosedure (SOP) dalam PnP di Pusat Sains Kemanusiaan agar menepati ISO MS 9001:2015. Turut hadir Prof Madya Ir. Dr Norazwina Zainol dalam berkongsi prosedur dan kaedah pelaksanaan ISO di UMPSA.

PROGRAM RIADAH PSK : MENDAKI BUKIT SULAI

22 September 2023 - Bukit Sulai, Gambang

Program Riadah Mendaki Bukit Sulai merupakan salah satu program anjuran Unit Kebajikan dan Pembangunan Insan (UNIKEP). Program ini disertai oleh staf Pusat Sains Kemanusiaan. Sesi tazkirah di adakan di puncak bukit yang disampaikan oleh Dr Abdul Kamil bin Jamaludin.

GOTONG-ROYONG MENGEMAS BILIK STOR DAN BILIK FAIL

8 September 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pihak Pentadbiran di Pusat Sains Kemanusiaan telah  mengadakan sesi gotong-royong mengemas bilik Stor dan Bilik Fail. Gotong – royong ini diadakan bagi mengemaskini keadaan bilik bagi memastikan kekemasan fail dan bilik stor berada dalam keadaan tersusun dan teratur.

WAPI 1.0 Mencegah Rasuah dengan Kawalan Kendiri

18 Ogos 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

International Conference on Human Sciences And Civilisation 2023 (ICHSC 2023)

8-9 Ogos 2023 - Perpustakaan UMPSA Gambang
 

Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menganjurkan siri ke 2 Persidangan Antarabangsa Sains Kemanusiaan dan Peradaban (International Conference on Human Sciences and Civilisations-ICHSC 2023) pada 8 & 9 Ogos 2023 bertempat di Auditorium Perpustakaan UMPS Gambang.

Persidangan ini merupakan salah satu persidangan yang di adakan kolaborasi antara Pusat Sains Kemanusiaan dan Universitas Islam Raden Rahmat Malang (UNIRA), Indonesia. Persidangan ini merupakan persidangan berkala yang dijalankan oleh pihak Pusat Sains Kemanusiaan. Kali terakhir ia dijalankan pada tahun 2020. Tahun ini Dengan bertemakan "Sustainable Development Through Spiritual Empowerment", persidangan ini menghimpunkan pakar-pakar, ahli falsafah, ahli akademik, penyelidik dan para pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pandangan dalam bidang berkaitan sains kemanusiaan.

 Secara umumnya persidangan ini diadakan adalah sebagai suatu inisiatif bagi merancakkan penyelidikan dan perkongsian ilmu dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial di kalangan para penyelidik menerusi fokus kepada tema seperti tersebut di atas. Ia secara tidak langsung dapat membuka ruang kepada wacana ilmiah yang lebih luas serta diharapkan dapat menghasilkan penemuan inovasi baharu atau pun penyelesaian terhadap isu-isu berkaitan masyarakat semasa.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman. Turut serta adalah Dekan Pusat Sains Kemanusiaan, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said dan Rector, Universitas Islam Raden Rahmat Malang (UNIRA), Indonesia, Dr. Imran Rosyadi Hamid.

Sesi ucaptama pada hari ini telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar selaku Profesor dan Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Profesor Dr. Muhammad Nubli Abdul Wahab yang merupakan Profesor Pusat Sains Kemanusiaan UMPSA.

Selain itu, persidangan ini bertujuan sebagai pemangkin kepada peluang baharu di samping memupuk jaringan dan kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk memajukan pengajian, memupuk bakat pascasiswazah serta meneroka prospek kerjaya baharu. Persidangan ini turut disertai oleh seramai 180 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan pakar-pakar dari dalam dan luar negara.

Kursus Forensik Amalan Sihir & Pemujaan Salah

26-27 Julai 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pada 26 & 27 Julai 2023 telah diadakan Kursus Forensik Amalan Sihir Dan Pemujaan Salah bertempat di Dewan Tun Fatimah, UMP Gambang. Kursus ini merupakan kursus kemahiran siasatan dan amalan forensik sihir mendedahkan kepada para peserta tentang elemen-elemen penting dalam amalan sihir dan bagaimana untuk melakukan siasatan terhadapnya. Disamping itu, dapat mempromosi program pengajian dan kepakaran yang ada di Pusat Sains Kemanusiaan. Penceramah bagi kursus ini ialah PM Dr. Mahyuddin bin Ismail (Pensyarah PSK). Turut hadir sebagai penceramah ialahTuan Amidon bin Anan (Pakar Forensik Negara). Seramai 34 orang peserta dari Agensi Kerajaan, Swasta dan Luar Negara telah menyertai kursus ini.

Taklimat Sambung Belajar Staf Muip Di Pusat Sains Kemanusiaan

20 Julai 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pada 20 Julai 2023 telah di adakan Taklimat Sambung Belajar kepada Staf Dari Jaip bertempat di bilik Mesyuarat Utama , Pusat Sains Kemansiaan. Taklimat ini di sampaikan oleh Dr. Anita binti Abdul Rani selaku Ketua Program Pasca Siswazah di Pusat Sains Kemanusiaan. Tujuan taklimat ini adalah bertujuan untk mempromosikan dan memberi maklumat berkaitan bidang Pasca Siswazah yang terdapat di Pusat Sains Kemanusiaan. Seramai lebih 20 orang staf dari Jabatan Agama Islam Pahang yang telah menyertai taklimat ini.

Lawatan Pusat Sains Kemanusiaan ke Akie Burger dan Nurraysa

10 Julai 2023 - Kuantan

Sesi Penyerahan Renovasi Bilik Mesyuarat Utama & Bilik Pensyarah aras B3 PSK

21 Jun 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sesi Penyerahan Renovasi Bilik Mesyuarat Utama dan Bilik Pensyarah aras B3 di Pusat Sains Kemanusiaan. Serahan ini telah disempurnakan oleh Encik Suhairi bin Ngah daripada PPPH kepada Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said (Dekan PSK), sesi ini turut dihadiri oleh wakil Pengurusan PSK, staf pentadbiran PSK, pihak UMPH dan juga pihak kontraktor projek. Semoga kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk kemajuan dan kelancaran kerja-kerja di PSK. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Cik Naquiyah

PP PSK

Lawatan Penilai Luar (External Assessor) Bagi Sesi Penilaian Program NEC 0220

16 Jun 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan telah menerima lawatan dari Penilai Luar ( External Assessor) bagi program Ph.D di PSK.

Lawatan Kerja Sektor Pengurusan Psikologi & Kaunseling Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

29 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan menerima kunjungan dan lawatan kerja dari Sektor Pengurusan Psikologi & Kaunseling Aangkatan Tentera Malaysia.

Kursus Penyembelihan dan Melapah 2023

27 Mei 2023 - Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan

Kunjungan daripada Timbalan Mufti Selangor dan staf Jabatan Mufti Selangor

15 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan (PSK)  telah menerima kunjungan daripada Timbalan Mufti Selangor dan staff Jabatan Mufti Selangor

Kursus Intensif Haji 1444H Anjuran Pusat Sains Kemanusiaan

12 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Kunjungan Dari Wakil Bahagian Penyelidikan dan Falak JAKIM ke Pusat Sains Kemanusiaan

12 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan menerima kunjungan dari Wakil Bahagian Penyelidikan dan Falak JAKIM. Sesi pertemuan ini dihadiri oleh dua orang wakil dari JAKIM dan ahli Pengurusan di Pusat Sains Kemanuisaan.

Bicara Sarjana: Pengalaman Menggapai PhD

11 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) telah mengadakan satu sesi pertemuan antara pelajar-pelajar pascasiswazah di bawah seliaan PSK dengan penyelia masing-masing. Pertemuan ini sangat bermakna kerana selain dapat bertemu mata dengan penyelia masing-masing, para pelajar juga dapat mendengar perkongsian pengalaman berharga dari dua orang pensyarah PSK tentang pengalaman menggapai Phd masing-masing. Dua ahli panel tersebut adalah Dr. Noradilah Mohd Nordin dan Dr. Haji Abdul Kamil Haji Jamaludin.

Sesi Townhall Naib Canselor 2023 bersama Staf Pusat Sains Kemanusiaan

5 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Pusat Sains Kemanusiaan 2023 | 1444H

5 Mei 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sambutan Raya Aidilfitri Peringkat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 2023 | 1444H

28 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Forum Akhir Ramadan: Jati Diri Asnaf Muip dan MLPB 2023 Sempena Dengan Program "Profesor Turun Padang" Pusat Sains Kemanusiaan, UMPSA

16 April 2023 - Masjid Lama Permatang Badak, Kuantan

Majlis Khatam Al-Quran Pusat Sains Kemanusiaan 1444H

Pada 7 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) telah mengadakan Majlis Khatan Al-Quran di peringkat PSK. Majlis ini telah dihadiri oleh semua staf Pusat Sains Kemanusiaan. Bacaan Al-Quran dan doa yang diketuai oleh Dr Abdul Kamil bin Jamaludin diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, UMPSA Gambang.

Gotong Royong Menyediakan Juadah Berbuka Puasa UMPSA 1444H (KAMPUS GAMBANG) Bagi Pusat Sains Kemanusiaan.

11 April 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pada 11 April 2023, giliran staf Pusat Sains Kemanusiaan untuk menyediakan juadah berbuka puasa kepada pelajar di UMPSA Gambang untuk Majlis Berbuka Puasa bertempat di Masjid UMPSA Gambang. Antara menu yang disediakan pada hari tersebut adalah Nasi Putih, Sayur Goreng, Gulai Daging dan Air Sirap. Staf dikalangan akademik dan pentadbiran di Pusat Sains Kemanusiaan telah turut hadir bekerjasama menyediakan juadah berbuka ini.

Kursus Pembangunan Jati Diri Bersama Penduduk Bukit Kenau

18 Mac 2023 - Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau

Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) dengan sokongan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah menganjurkan Kursus Pembangunan Jati Diri Bersama Penduduk Bukit Kenau. Kursus ini diadakan di Bilik Kraft Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau. Antara penceramah yang terlibat bagi kursus ini adalah Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said (Dekan Pusat Sains Kemanusiaan), Dr Rohana binti Hamzah (Ketua Program Sains Sosial) dan Dr Abdul kamil bin Jamaludin (Ketua Program Sains Kemanusiaan). Seramai 61 orang penduduk bukit kenau telah turut sama menyertai kursus ini. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengenalpasti amalan gaya hidup, pendedahan dan pengetahuan kepada peserta dalam membina jati diri dan membina jiwa sejahtera.

Majlis Apresiasi 2022 & Townhall Dekan 2023, Pusat Sains Kemanusiaan

17 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Unit Kebajikan dan Pembangunan Insan (UNIKEP) telah menganjurkan  sesi Townhall dan Majlis Apresiasi PSK bagi meraikan pencapaian staf PSK sepanjang tahun 2022.

Sesi Perbincangan Jalinan Kerjasama Bersama Wakil dari Universiti Islam Raden Rahmat (UNIRA) Malang, Indonesia

7 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pusat Sains Kemanusiaan telah menerima kunjungan dari pihak Universitas Islam Raden Rahmat (UNIRA)  Malang, Indodesia. Sesi Perbincangan Jalinan Kerjasama telah dihadiri oleh staf Pusat Sains Kemanusiaan dan Pensyarah dari UNIRA. Sesi perbincangan ini di adakan di Bilik Mesyuarat Senat, UMP Gambang. Seramai 16 orang wakil dari UNIRA yang hadir pada sesi perbincangan tersebut.

Mesyuarat Berkenaan Pelajar Antarabangsa & Lawatan Ke Pejabat Agen (UAE) - Premium Language Centre

23 Februari 2023 - Pejabat Agen UAE, Kuala Lumpur

Pada 23 Februari 2023 pihak Pusat Sains Kemanusiaan telah ke UAE Kuala Lumpur. UAE merupakan agen bagi pengambilan pelajar antarabangsa bagi program Master dan PhD di Universiti Malaysia Pahang. Antara staf yang terlibat bagi sesi pertemuan ini ialah Profesor Madya Dr Mahyuddin, Dr Anita binti Abdul Rani, dan Cik Naquiyah Nadhirah. Tujuan utama pihak PSK melakukan pertemuan ini adalah untuk mengemaskini SOP pengambilan dan kemasukan pelajar antarabangsa bagi program Master dan PhD.

Welcoming Session Pelajar Antarabangsa Dari China

 8 Februari 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Pada 8 Februari 2023 telah diadakan satu sesi suai kenal antara pelajar antarabangsa dari China Bersama penyelia. Seramai 10 orang pelajar dari china yang terlibat dan hadir. Pertemuan ini di adakan di Dewan Bankuet, UMP Gambang.

Seminar Isu-Isu Akidah Dan Sya'riah Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari

26 dan 27 Januari 2023 - Dewan Tun Fatimah, UMPSA
 
Pada tanggal 26 dan 27 Januari 2023 ( Khamis & Jumaat ) bertempat di Dewan Tun Fatimah, UMP Paya Besar, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) UMP telah mengadakan Seminar Isu-Isu Akidah Dan Syari’ah Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari.
Objektif seminar ini adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat amalan perubatan yang selari syari’ah dan yang tidak dibenarkan oleh syara’, mengelakkan masyarakat terjebak dalam amalan perubatan yang bertentangan dengan akidah dan syari’ah serta mempromosi program pengajian dan kepakaran yang ada di PSK, UMP.
Ceramah seminar ini disampaikan oleh Ybhg. Profesor Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail, Pensyarah Kanan di PSK. Jumlah peserta yang menghadiri seminar ini adalah seramai 57 orang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga persendirian dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Semua peserta menerima modul seminar ini beserta sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan PSK, UMP. Dekan PSK, UMP memaklumkan seminar seperti ini akan bakal diadakan lagi dan menjemput semua untuk menyertainya lagi pada masa akan datang.
 
 
#KeluargaPSK
#UMPMalaysia
#BersamaMenujuKejayaan

Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) Dan Sesi Dialog Cendekia

17 Januari 2023 - Auditorium Perpustakaan UMPSA, Pekan
 
Institut Tamadun dan Kajian Strategik dan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) dan Sesi Dialog Cendekia. Dalam majlis ini ucaptama disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Manakala sesi forum pula menampilkan tiga panel hebat iaitu Pengarah Filem yang juga Felo Perunding Pusat Sains Kemanusiaan UMP, Roslan Madun, Pelakon Zaidi Omar, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) UMP, Prof. Madya Dr. Hasan Ahmad serta dikendalikan Pegawai Penerbit Kanan UMP, Muhammad Azli Shukri merangkap moderator.
 
Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Roslan Madun yang baharu sahaja dilantik Felo Perunding Pusat Sains Kemanusiaan UMP dan sudi berkongsi karyanya yang sangat menarik di samping berkongsi pengetahuan menerusi dokumentasi ini.
Ujarnya, tayangan ini sangat hebat yang mempamerkan orang-orang Melayu terdahulu yang boleh mengembara seluruh dunia dan tamadun Melayu berasaskan pelayaran. “Negara kita pernah menjadi tarikan seluruh dunia dengan kekayaan hasil bumi dan rempah ratus yang pada masa itu menjadi alternatif dalam masakan. “Kita akan meluaskan lagi citra-citra seperti ini untuk meningkatkan pemahamam kita, identiti-identiti kekuatan bangsa kita,” katanya. Bagi Roslan Madun pula berkata, orang Melayu sangat cerdik, berani dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Ujarnya, generasi kini hari ini jangan mudah terpedaya dengan benda-benda negatif yang akan melemahkan semangat melayu. “Berhentilah mempercayai melayu malas, mudah lupa dan sebagainya. Istilah ini akan merosakkan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara suatu masa nanti,” katanya. Tambahnya lagi, sejarah melayu perlu dikaji dengan sebaiknya. Semua kekuatan dan kehebatan ini kerana bangsa Melayu itu hidup berlandaskan agama islam, sejak dulu Melayu itu menguasa laut, sepanjang Selat Melaka Kerajaan Melayu menguasai perdagangan samudera yang membina tamadun bermula Srivijaya berkurun lampau sehingga kini di Kepulauan Melayu.
 
Beliau sendiri mengakui dalam penghasilan dokumentari Pelayaran Sang Maestro ini, pihaknya banyak merujuk beberapa pakar sejarah agar matlamat untuk menyampaikan tamadun sejarah itu tercapai. Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yusserie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Hj Shamsuddin. Hadir sama Presiden Dewan Persuratan Melayu Pahang, Datuk Prof. Emeritus Dr. Haji Mohamad Mansor Abdullah dan Pengarah Perpustakaan Negeri Pahang, Nor Zahira Azmi.
 
#KeluargaPSK
#BersamaMenujuKejayaan

Program Multaqa Pengerusi dan Pengetua Ma'ahad Tahfiz, Madrasah dan Pondok Negeri Pahang

12 Oktober 2022 - Hotel Grand Darul Makmur Kuantan
 
Program tersebut merupakan satu dari agenda untuk mengemaskini data pusat-pusat pengajian tersebut disamping mempereratkan hubungan silaturrahim antara peserta. Data tersebut merupakan maklumat yang akan digunakan dalam kajian inisiatif untuk memperkasakan dan mengiktiraf Sistem Pendidikan Sekolah Pondok Negeri Pahang.
Sebanyak 3 kertas kerja dibentangkan oleh Al Fadhil Ust Barakatullah bin Bahari, Dr Abdul Kamil Jamaludin dan Dr Asmadi Abd Rahman dan dirasmikan oleh YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

Wacana Ilmiah Kemerdekaan

DECOLONISATION BY KNOWLEDGE FREEDOM BY WISDOM; PALESTINE EXPERIENCES PROFESOR DR ABD AL-FATEH EL- AWAISI

1 September 2022 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-65 Pusat Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Jabatan Pendaftar,Universiti Malaysia Pahang mengadakan Wacana Ilmiah Kemerdekaan pada 1 September 2022 bertempat di Auditorium, Perpustakaan UMP Kampus Paya Besar. Sambutan Bulan Kebangsaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan bertujuan
menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia

Majlis Kesyukuran & Mesyuarat Pusat Pusat Sains Kemanusiaan Bil. 2/2022

03 Jun 2022 - Bilik Mesyuarat Senat UMPSA

Pada 03 Jun 2022, Pusat Sains Kemanusiaan bersama Unit Kebajikan dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Pusat PSK 2022. Program yang bermula dengan Mesyuarat Pusat dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai program-program yang akan diadakan di PSK. Setelah sesi mesyuarat selesai, semua ahli telah menghadiri jamuan majlis kesyukuran yang diadakan di Dewan Banquet, Canseleri. Sebilangan tetamu turut hadir yang terdiri dari kakitangan di bangunan Canseleri, Gambang. Majlis telah berakhir sekitar jam 1.00 petang

Rumah Terbuka Aidilfitri Universiti Malaysia Pahang 1443h/2022 “Syawal Dirai, Keluarga UMP Dihargai”

24 Mei 2022 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,  Pekan

Kuantan, 24 Mei 2022 - Universiti Malaysia Pahang telah menganjurkan Majlis Sambutan hari Raya Aidilfitri sempena meraikan kehadiran bulan syawal. Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Bin Zainuddin, pengurusan universiti, ketua-ketua Jabatan, kakitangan serta para pelajar. Smbutan Rumah Terbuka ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, UMP Kampus Pekan.  Pusat Sains Kemanusiaan telah diberi tugas untuk menyediakan menu lemang beserta rendang dan serunding. Kakitangan pentadbiran PSK telah terlibat dalam proses menghias booth yang bermula seawal jam 8.00 pagi. Acara sambutan hari raya telah berakhir lebih kurang jam 1.00 petang.

Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penasihat Industri (IAP) Bil 1/2022 Pusat Sains Kemanusiaan

13 Mei 2022 - Hotel Zenith, Kuantan

Kuantan, 13 Mei 2022 - Pusat sains Kemanusiaan telah menganjurkan Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) Bil 1/2022 pada 14 Mei 2022 bertempat di Hotel Zenith, Kuantan. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penasihatan dan pemurnian kurikulum program akademik, memberi pandangan terhadap kesesuaian program dan penilaian program, memberi maklum balas terhadap perjalanan program, membantu UMP untuk penempatan pelajar dan staf bagi Latihan/Sangkutan Industri, mendapatkan pandangan industri berkaitan relevensi program, kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan kehendak industri dan mendapatkan pandangan industri berkaitan kesesuain kaedah pembelajaran dan pengajaran serta penilaian di dalam program.

Mesyuarat ini dipengurusikan oleh Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said dan dihadiri oleh ahli-ahli dalaman di kalangan Pengurusan PSK. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan (KPK), Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad.   Mesyuarat kali ini dihadiri oleh panel seperti berikut;

NO

NAMA

JAWATAN

AGENSI

1.

Dato’ Sri Md Shariff Shamsuddin

Pengarah Urusan

Asturi Metal Builsders (M) Sdn. Bhd

2.

Puan Zaharah Binti Zainuddin

Pengarah Urusan

AKIE group Sdn. Bhd

3.

Tuan Haji Ahmad Fuad Bin Apandi

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

4.

Dr. Lokman Bin Ab. Rahman

Pengarah (Penerbitan)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Taruh (Stakeholder Committee) Bil 1/2022 Pusat Sains Kemanusiaan

13 Mei 2022 - Dalam talian melalui Aplikasi Google Meet

Kuantan, 13 Mei 2022 - Pusat Sains Kemanusiaan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Taruh Bil 1/2022 secara dalam talian melalui pelantar Google Meet. Tujuan mesyuarat Jawatankuasa Pemegang Taruh ini diadakan adalah untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran, Relevensi Program, Kaedah Penilaian dan Mekanisma yang berkaitan dengan OBE dan maklumbalas yang berkaitan daripada pihak Pemegang Taruh. Ianya juga sebagai memenuhi kalendar iaitu mesyuarat perlu diadakan sekurag-kurang satu kali setahun.

            Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Dekan PSK, Dr. Mohamad Hilmi Bin Mat Said dan dihadiri oleh beberapa orang wakil daripada pihak berkepentingan. Senarai kehadiran adalah seperti berikut ;

NO

NAMA

AGENSI

1.

Dr. Mohd Azuri Shaari

Wakil Alumni

2.

Dr. Mazeni Ismail

Wakil Alumni

3.

Dr. Sara Asmawati Sharifuddin

Wakil Alumni

4.

Dr. Zainal Abidin Kusmin

Wakil Alumni

5.

Dr. Azizur Rahman Ramli

Wakil Alumni

6.

En. Kamarulzaman Mahmad Khairai

Pelajar

7.

Prof Dr. Badlihisham Nasir

Wakil Akademik

8.

Dr. Hapiz Mahaiyadin

Wakil Akademik

9.

En. Mohd Podzi Mahmud (BI Technologies)

Wakil Industri

10.

En. Mohd Amri Abdullah (KKM)

Wakil Industri

11.

En. Noridzuan Abd Manan (JAIP)

Wakil Kerajaan Tempatan

Majlis Apresiasi Pusat Sains Kemanusiaan 2021

28 Januari 2022 - Swiss Bel Hotel Kuantan

KUANTAN, 28 Januari 2022 - Pusat Sains Kemanusiaan telah menganjurkan Majlis Apresiasi PSK 2021 yang bertempat di Swiss Bel Hotel Kuantan pada 28 Januari 2022 lalu. Ia telah dirasmikan oleh Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad, Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan dan dihadiri oleh Dekan PSK, Ahli Pengurusan dan semua staf PSK termasuk beberapa tetamu jemputan.

Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf, menghargai dan memperingati staf PSK yang telah berjasa dalam memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang cemerlang untuk memastikan KPI PSK tercapai sepanjang tahun 2020 & 2021. Ianya dilaksakan pada tahun 2022 kerana kekangan masa berikutan isu Pandemik COVID 19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara.

Majlis ini turut memberi penghargaan kepada staf yang menyumbang dan mengharumkan nama PSK samada di peringkat jabatan, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain itu, ia juga dapat mengerat hubungan sillaturahim sesama staf PSK yang pelbagai jabatan, memberikan suasana yang berbeza untuk menyuntik semangat positif dan dijadikan pendorong kepada staf yang lain untuk terus berusaha dalam memberi perkhidmatan yang terbaik serta komitmen yang tinggi dalam tugasan yang diberikan.



Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian (SC) Bil.1/2022 Pusat Sains Kemanusiaan

14 Mei 2022 - Hotel Everly, Putrajaya

Putrajaya, 14 Mei 2022 - Pusat Sains Kemanusiaan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian (SC) Bil 1/2022 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memberi nasihat dari segi pembentukan program baharu dan kurikulum dalam bidang yang berkaitan seperti menilai, membincang dan memurnikan program dan kurikulum yang dibina. Ia juga untuk  memastikan kajian halatuju sesuatu program di PSK selaras dengan keperluan atau kehendak pasaran dan kehendak negara, memperluas jalinan kerjasamadan perkongsian pengetahuan antara universiti, pihak SC dan menghubungkan PSK dengan industri untuk kerjasama penyelidikan dan dalam pembangunan program akademik baharu.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Hasan bin Ahmad, Dekan Kanan, Kolej Pengurusan & Kemanusiaan mengantikan Profesor Dr Mohd Rosli bin Hainin, Timb Naib Canselor (Akademik & A’bangsa) yang berada di luar negara. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah PIDA, Prof Dr Kamal bin Yusoh Bersama dengan ahli pengurusan PSK yang terdiri daripada Dr Mohamad Hilmi bin Mat Said, Dekan PSK, semua Timbalan Dekan dan Semua Ketua Program di PSK. Senarai ahli Pemegang Taruh yang hadir pada kaliini adalah :-

NO

NAMA

JAWATAN

AGENSI

1.

Prof Dr Irwan Bin Mohd Subri

Pengarah

Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) (USIM)

2.

Dato’ Dr Sirajuddin Bin Suhaimee

Pengarah Kanan

Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

3.

Puan Musalimah Binti Mustaffa

Pengarah

Tabung Haji Negeri Pahang

Diskusi bersama Rector KUIPSAS

3 Mei 2021 - Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

Lawatan Kerja CEO MUIP ke Pusat Sains Kemanusiaan,UMPSA

7 April 2021 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah

Lawatan Pusat Sains Kemanusiaan ke Hospital UIAM Kuantan

6 April 2021 - Hospital UIAM Kuantan

Program Anjung Mahabbah Dan Jasamu Dikenang

2 April 2021 - Dewan Banquet, UMPSA Gambang

Tandatangan Memorandum MUIP Dan UMPSA

30 Mac 2021 - Pejabat Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang

Seminar Antarabangsa Sains Kemanusiaan Dan Peradaban 2020 (ICHSC 2020) Pusat Sains Kemanusiaan

9 Disember 2020 - Dewan Tun Fatimah, UMPSA

Seminar julung kali diadakan ini dibuat oleh PSK pada 9 Disember 2020 di Dewan Tun Fatimah UMP Gambang.  Dengan kerjasma Bicara Cendikia Mulia. (BCM) Seminar ini menjemput Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains & Peradaban (CASIS) Raja Zarith Sofiah,  Universiti Teknologi Malaysia sebagai PengucapTama Program. Ia turut dihadiri oleh YH Naib Canselor sebagai perasmi Majlis.

Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk mengenalpasti isu dan trend semasa di dalam bidang Sains Kemanusiaan dan Peradaban. Para pengamal di dalam bidang sains sosial, pendidik dan pengkaji dapat berhubung dan bertukar pendapat serta berkongsi pengalaman dalam rencana Sains Kemanusiaan dan Peradaban. Malah, ia memberi pendedahan dan berkongsi ilmu berkaitan dengan kaedah yang efektif dan pengalaman praktikal di dalam bidang sosial sains di sekolah, kolej, universiti, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta agensi di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sebanyak 57 kertas dibentangkan dalam seminar ini.

Bengkel Pembangunan Kursus Elektif Dan Modular PSK Bagi Penawaran Sijil Program Pengkhususan Terbuka (SPPT)

21-24 Ogos 2020 - Residence Inn, Cherating

Bengkel ini telah diadakan pada 21-24 Ogos 2020 (Jumaat-Ahad) di Residence Inn, Cherating  bagi membangunkan kursus-kursus minor, modular dan elektif baharu PSK  bagi tujuan penawaran Sijil Pengkhususan Terbuka (SPT). Di mana pelajar boleh mendalami ilmu pengetahuan dengan mendaftar  kursus selain daripada kursus yang diambil di fakuti masing-masing.

Di antara kursus-kursus yang dibangunkan oleh PSK adalah Complex Problems Solving Skills, Introduction To Social Science, Pemikiran Strategik Tokoh-Tokoh Terkemuka Asia, Introduction To Principles Of Islamic Jurisprudence And Maqasid Syariah, Pengantar Sains Politik, Pengantar Teknologi Pendidikan dan  Philosophy In Technical, Vocational Education And Training. Dalam fasa pertama ini PSK mencalonkan kursus-kursus dalam bidang Halal Compliance & Certification, Islamic Studies dan Psycology

Lawatan Kerja Ke Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu

1 Mac 2020 - Pejabat PPAL, Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu

Lawatan ini telah diadakan pada 1 Mac 2020 bertempat di pejabat PPAL, UMT, Kuala Nerus, Terengganu. Ia telah diketuai oleh Dekan PSK, Dekan Kanan Kolej Pengurusan & Kemanusiaan dan Pengurusan PSK. Rombongan ini disambut oleh Prof Dr Aziz b Ahmad, Dekan PPAL bersama staf PPAL.

Objektif lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan mencari amalan terbaik dalam fungsi yang sama iaitu menawarkan Mata Pelajaran Umum (MPU) kepada semua pelajar. Selain daripada itu, PSK juga berhasrat mendapat pendedahan bagi pengurusan kualiti terbaik dalam penawaran kursus sarjana kerja kursus pasca siswazah.

BENGKEL RETREAT SEMAKAN STRATEGI PELAKSANAAN KPI DALAM PELAN STRATEGIK UMP 2016-2020 DI PUSAT SAINS KEMANUSIAAN (PSK)

28 Februari 2020 - TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu

Bengkel ini telah diadakan pada 28 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020 bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu, Terengganu. Ia telah dihadiri oleh seramai 28 orang staf PSK samada akademik dan bukan akademik. Bengkel ini turut dihadiri oleh YH Profesor Ir Dr Wan Azhar b Wan Yusoff, Naib Canselor UMP dan Profesor Dr Kamal b Yusoh, Pengarah PIDA sebagai tetamu jemputan.

Di antara objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk  memurnikan Visi, Misi, Objektif & Piagam Pelanggan PSK yang telah dibentuk, memuktamadkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PSK Tahun 2020, menambahbaik governan & sistem penyampaian di PSK dan juga membincangkan di peringkat awal tentang inisiatif-inisiatif yang boleh dirancang oleh PSK bagi menyokong Pelan Strategik UMP 2021-2025